14 October 2018

TUDUNG MANIK CURI TUMPUAN - NABILA RAZALI AKUI JADI MANGSA FESYEN


Menerusi laman Instagram, penyanyi Nabila Razali telah berkongsi rakaman nyanyiannya bersama kumpulan The Lomas yang dianggotai Amira Othman, Indah Ruhaila dan Aisyah Aziz mencuri tumpuan netizen.





Nabila memuatnaik rakaman nyanyian bersama kumpulan tersebut ketika diundang membuat persembahan dalam program Meletop pada tahun 2014.

Menerusi kapsyen, penyanyi lagu 'Pematah Hati' meminta pengikutnya memberikan komen mengenai tudung merah jambu yang digayakan olehnya ketika persembahan tersebut.

"Marilah kita bincangkan tentang tudung warna pink sis ni? Korang rindu The Lomas tak?," tulisnya.

Klik untuk gambar besar


Bersama kapsyen tersebut turut disertakan tanda pagar, 'sis mangsa fesyen', 'sis baru balik kerja masa ni', 'yang penting sis confident'.

Video tersebut menerima hampir 200,000 kali tontonan dan lebih 200 komen pengikut. Rata-rata netizen tertarik dengan fesyen tudung yang digayakan penyanyi berusia 26 tahun ini.

"Memang tengah in ke fesyen tudung macam tu. I sumpah beli tudung style ni dulu warna merah jambu sebab you pakai.

"Meriahnya warna tudung tu, berapa upah jahit manik? Cantiknya semua, kembalikan The Lomas kami," komen pengikut.








www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: