26 November 2018

20 NOVEMBER LALU - PUTRA AMARIS & ISTERI TIMANG 'BABY BOY'


Alhamdulilllah... tahniah kami ucapakan kepada pelakon Putra Amaris atas kelahiran anak sulungnya yang dilahirkan pada 20 November lalu (Selasa).





Amaris berkongsi berita gembira tersebut hari ini iaitu hampir seminggu selepas kelahiran menerusi entri di akaun Instagram miliknya.

Amaris atau nama sebenarnya, Amran Ismail, 32, meluahkan rasa syukur apabila isterinya, Nur Syazwani Alias, 28, selamat melahirkan bayi lelaki.

Dalam masa sama, Amaris memohon peminat agar mendoakan anaknya membesar dengan sihat, kuat dan menjadi anak yang soleh.

"Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang, syukur Alhamdulillah isteri saya telah selamat melahirkan baby boy pada 20 November lalu.

Klik untuk gambar besar


"Mohon doa dari kalian agar anak kami membesar dengan sihat, kuat dan menjadi anak yang soleh pejuang agama Allah, insya-Allah," tulisnya sebagai kapsyen.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut Amar mengucapkan tahniah dan mendoakan kesejahteraan buat mereka sekeluarga.

untuk makluman, Amaris dan Syawani bertunang pada 13 Ogos 2017 dan berkahwin pada 5 Januari 2018 di kediaman keluarga wanita itu di Batu Pahat, Johor.

Sebelum ini, Amaris pernah didakwa sengaja mendekati usahawan kosmetik Datuk Seri Vida kerana mempunyai niat tersembunyi. Bagaimanapun, Amaris berkata dia ikhlas untuk bekerjasama dengan pengasas produk Pamoga itu.




www.myartis.com / Sumber: mStar & Instagram Putra Amaris


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: