09 November 2018

ALAMI SAKIT & PENDARAHAN TERUK - AKMA REDA ANAK KETIGA GUGUR


Bekas bintang Akademi Fantasia musim ke-3 (AF3), Akma Abdullah reda dan akur dengan ketentuan Ilahi apabila zuriat yang dikandungnya selama tiga bulan, akhirnya gugur pada Sabtu lalu.





Menceritakan detik cemas itu, Akma dalam berat hati memberitahu, hasrat menimang anak ketiga tidak kesampaian apatah lagi kandungannya tidak memberi sebarang masalah pada awal kehamilan.

Kata Akma, sakit kepala kronik disusuli demam terutama pada waktu malam rupa-rupanya petanda ada yang tidak kena dalam proses kehamilannya.

"Jika diikutkan, tidak ada apa-apa yang berlaku sebelum ini... Semuanya tampak normal. Cuma memang saya rasa, kehamilan kali ini berbeza daripada dua anak yang terdahulu. Saya alami sakit kepala yang teruk... Ketika itu, saya kurang pasti apakah kesakitan itu menjadi petanda," katanya.

Klik untuk gambar besar


Akma yang bernikah dengan Farih Hamshi Mohamad Fatmi pada 30 Jun 2012 di Dewan Kampo, Pusat Belia Antarabangsa (IYC) itu berkata, pening kepala berlarutan menjadi demam terutama pada waktu malam. Berkongsi insiden keguguran, Akma berkata, dia mengalami kesakitan teruk pada kira-kira jam 2 pagi.

"Ketika itu, saya hanya mengambil ubat sendiri tanpa berjumpa doktor. Sakit yang dirasakan umpama saya hendak melahirkan anak... Macam ada yang tidak kena.

"Lalu suami segera membawa saya ke hospital dan dimasukkan ke wad kecemasan sementara menunggu wad disediakan dan ubat-ubatan," tuturnya.



Terus bercerita, Akma atau nama penuhnya, Asiahtunakma Abdullah ini berkata, dalam proses itu, dia mengalami pendarahan yang teruk.

Akma berkata, anak ketiganya itu dikebumikan selepas selesai semua urusan, pada hari sama. Berkongsi perasaan kehilangan zuriat, Akma mengaku sering teringat kejadian itu.

"Ketika itu, saya mengeluarkan janin dan uri secara semula jadi," katanya. Biasanya pada waktu malam, ingatan saya kembali kepadanya. Mujur saya sudah ada dua anak yang membesar di sisi sepanjang masa," kata Akma.












www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: