29 November 2018

ALIFF SYUKRI JUAL IG ANAK ANGKAT RM40K, TAK TAHAN DIKECAM


Menerui laman Instagram, usahawan kosmetik yang kini bergelar penyanyi, Datuk Seri Aliff Syukri telah membuat keputusan untuk menjual akaun Instagram dua anak angkatnya, Qayyum Aliffshah dan Ameena Aliffsha yang menggunakan nama @babyterlajaklaris dengan harga RM40,000.





Kata Aliff, keputusan tersebut dibuatnya dek kerana tidak tahan kerana anak-anak angkatnya itu sering menjadi kecaman netizen dan beliau asyik dikritik dalam soal penjagaan mereka.

Aliff mengatakan pada awalnya beliau tidak mahu menjual akaun tersebut kerana untuk dijadikan kenangan apabila mereka sudah dewasa kelak dan mahu ibu bapa kandung melihat anak-anak mereka membesar, namun terpaksa menjualnya memandangkan akaun tersebut berterusan mencetuskan masalah dan perbalahan.

Ujar Aliff lagi, jika ramai yang memberikan sokongan agar tidak menjual akaun tersebut, beliau akan membatalkan hasratnya itu dan akan akaun tersebut akan diteruskan seperti biasa.

Klik untuk gambar besar


Menerusi ruangan komen, ramai yang berpendapat harga yang ditawarkan terlalu mahal dan tidak masuk akal kerana nilai tersebut boleh beli sebuah kereta dan rumah. Ada segelintir netizen turut menasihati Aliff Syukri agar tidak hidup bersandarkan wang semata-mata.

Dalam pada itu, ramai netizen memberikan sokongan moral kepada beliau agar tidak menjual akaun tersebut dan menyarankan untuk menutup ruangan komen supaya tiada lagi komen-komen negatif.

Baru-baru ini, kecoh di media sosial sebuah video mendakwa anak angkat usahawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri didera oleh pembantu rumah. Menerusi video tersebut menunjukkan pembantu rumah Aliff, warganegara Indonesia didakwa menunjal kepala Qayyum yang sedang dipegang oleh pembantu rumah yang lain.












www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya & Instagram Aliff Syukri & @babyterlajaklaris


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: