29 November 2018

MINTA FITRI 'MOVE ON', JANGAN NYANYI LAGU MEREKA - UNIC KENA HENTAM


"Di Malaysia ni ada dua ke UNIC? Saat kumpulan kami masih ada dan aktif membuat persediaan konsert, ada pula UNIC kedua yang buat konsert dan nyanyi lagu yang sama.





"Come on Fitri, move on please, bina karakter dan identiti sendiri, yakin dengan kemampuan diri untuk pergi lebih jauh tanpa dibayangi UNIC," tulis penyanyi kumpulan UNIC, Bazli yang meluahkan perkara itu menerusi entri terbaru di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.

Menurut Bazli, UNIC masih aktif menyanyi dan bakal muncul dengan sebuah konsert tidak lama lagi, namun lagu-lagu mereka turut dinyanyikan Fitri Haris yang merupakan bekas kumpulan UNIC itu dalam persembahan solonya.

Tindakan Fitri yang masih menyanyikan lagu kumpulan itu walaupun telah bergerak secara solo, telah membuat kumpulan nasyid tersebut kesal.

Klik untuk gambar besar


Dalam pada itu, Bazli turut menyatakan bahawa mereka telah berbincang mengenai perkara itu bersama Fitri dua bulan yang lalu dan semuanya telah diselesaikan dengan baik.

Bazli juga menjelaskan kenyataan itu bukan bertujuan untuk mencetuskan pergaduhan, sebaliknya untuk sama-sama berkerja dengan lebih baik dan professional.

Baru-baru ini, Fitri telah berkongsi sebuah entri mengenai konsertnya yang bakal diadakan pada 9 Disember yang turut menyenaraikan lagu-lagu UNIC dalam senarai lagu yang akan dinyanyikan.

Bagaimanapun, ramai netizen kurang setuju dengan tindakan UNIC terhadap Fitri sehingga ada yang hilang minat dan hormat kepada UNIC. Menurut mereka, Fitri hanya ingin mengimbau kembali kenangan dia bersama UNIC.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Bazli UNIC


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: