04 November 2018

AZAM TAHUN DEPAN - JANNA MAHU BELI IBU RUMAH


Sanggup bekerja keras dan tidak kisah dengan jadual kerja terlalu padat, pelakon dan penyanyi Janna Nick memberitahu asalkan dia dapat memenuhi impian membeli rumah untuk ibunya, Shahzani atau Mama Scha.





Janna, 23, berkata, itu antara azamnya tahun depan dan disebabkan itulah kebelakangan ini dia bekerja keras dalam kariernya sebagai penyanyi dan pelakon.

"Itulah saya tengah usahakan sekarang. Bagaimanapun, saya tidak mahu terburu-buru untuk membeli rumah berkenaan. Saya perlu berhati-hati dan teliti memilih rumah itu," katanya.

Klik untuk gambar besar


Janna berkata, jadual kerjanya tahun ini padat disebabkan banyak tawaran diterima sejak tahun lalu perlu diselesaikan.

"ini saja memang saya kerja terus sehingga tiada cuti. Ini disebabkan saya perlu menyelesaikan semua tawaran yang sudah saya terima sejak tahun lalu. Bagaimanapun, saya memang bercadang untuk bercuti apabila semua kerja itu selesai," tuturnya.






www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Janna Nick


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: