25 November 2018

BAYI DALAM KANDUNGAN SONGSANG - FIZI (SURIA FM) MOHON DOA


"Isteri mengalami keracunan makanan yang teruk hingga dimasukkan enam botol air. Disebabkan isteri tak henti muntah dan badan panas, dia ditahan dalam wad selama dua hari. Ketika itu juga doktor terus buat pemeriksaan terhadap bayi dalam kandungan.





"Terkejut apabila dimaklumkan kedudukan bayi songsang. Bagaimanapun, doktor memaklumkan kedudukan bayi boleh kembali normal sebab baru enam bulan.

"Jadi, saya berharap semua boleh doakan yang terbaik buat isteri dan bayi dalam kandungannya," kata penyampai radio Suria FM, Fizi Ali yang berharap kedudukan songsang bayi dalam kandungan isterinya, pelakon Shakilla Khoriri kembali normal, sebelum bersalin.

Fizi, 29, atau nama sebenarnya Mohd Hafizudin Alimudin berkata, isterinya yang kini hamil enam bulan itu dijangka melahirkan anak sulung mereka pada Mac tahun depan.

Klik untuk gambar besar


Menurut Fizi dia sentiasa berdoa agar proses bersalin dipermudahkan. Dalam masa sama, Fizi berkata, isteri kini lebih banyak duduk di rumah dan tidak membiarkannya melakukan kerja berat.

"Selepas keluar hospital keadaan isteri dan bayi okey. Sekarang, isteri lebih banyak berehat di rumah. Dalam keadaan sekarang, risau juga kalau dia sakit. Kasihan pada dirinya dan bayi.

"Kalau boleh isteri nak bersalin normal. Begitu juga saya. Cuma, apa yang paling penting adalah kedudukan anak 'terpusing' sebelum dilahirkan," tuturnya.






www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: