09 November 2018

DAKWAAN CUBA DIRASUAH RM5 JUTA - FARID KAMIL AKAN DIPANGGIL


"Dalam laporan polis itu, pengadu mendakwa telah melihat satu video di Youtube, di mana Farid Kamil memberitahu dia cuba dirasuah RM5 juta oleh kerajaan terdahulu bagi memaafkan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.





"Pengadu mendakwa Farid Kamil sengaja reka cerita untuk menjatuhkan imej Najib dan Rosmah dan mendakwa jika betul berlaku, kenapa Farid Kamil tidak membuat laporan kepada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia)," kata ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat.

SAC Fadzil Ahmat ketika mengesahkan perkara itu berkata, laporan polis tersebut dibuat di Balai Polis Kota Damansara pukul 6 petang semalam, oleh seorang lelaki berusia 43 tahun yang mewakili Presiden Pemantau Malaysia Baharu, Datuk Lokman Noor Adam.

Klik untuk gambar besar


Polis akan memanggil pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil Zahari berhubung laporan polis dibuat terhadapnya berkenaan dakwaan cubaan dirasuah RM5 juta oleh kerajaan terdahulu.

Sehubungan itu, beliau berkata pelakon dan pengarah tersebut akan dipanggil dalam masa terdekat. Tambah Fadzil lagi, kes itu disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana kesalahan fitnah.

Dalam video yang dimuatnaik dalam Youtube MyFokus Online pada 7 Nov lepas, Farid Kamil dalam program terbitan TV Al-Hijrah berjudul 'Nak jadi artis ke nak jadi ahli politik?' mendakwa beliau cuba dirasuah sebanyak RM5 juta oleh pihak kerajaan terdahulu untuk memaafkan Najib dan Rosmah.




KLIK DISINI UNTUK TONTON VIDEO



www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: