26 November 2018

DIKECAM - ALIFF SYUKRI NAFI TIRU 'COVER' ALBUM JUSTIN BIEBER


"Panggil saya Syukri je... tak nampak ke perbezaan tu? Untuk maklumat anda poster dan pengiklanan tersebut adalah dari label company yang buat.





"Bukan saya yang buat," tulis usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri, 31, yang menyangkal dakwaan kononnya poster lagu nyanyiannya berjudul 'Biar Apa Orang Kata' meniru konsep album penyanyi antarabangsa, Justin Bieber.

Menurut penaja Gegar Vaganza musim kelima (GV5), idea poster tersebut datang daripada syarikat label dan bukan dicipta olehnya.

Penyanyi lagu 'Bobo Di Mana' ini mengulas mengenai laporan portal hiburan yang memetik komen seorang netizen yang mengatakan poster lagu tersebut hampir sama dengan konsep album Justin.

Klik untuk gambar besar


Rata-rata pengikutnya di Instagram meminta agar usahawan ini bersabar dan tidak berputus asa bergelar penyanyi.

Lagu 'Biar Apa Orang Kata' merupakan ciptaan komposer Edry Abdul Halim dan telah dimuat naik di YouTube pada 18 Oktober lalu. MV tersebut menerima hampir 700,000 kali tontonan dan trending nombor 12 di laman tersebut.

Ia juga merupakan lagu yang mendapat paling banyak tanda tidak suka daripada penonton iaitu sebanyak 38,000 dan hanya 21,000 memberi tanda suka.



Dalam video muzik tersebut turut ditampilkan beberapa orang barisan selebriti antaranya Wak Doyok, Forteen, Vicha, Arja Lee, Zoey Rahman, Datuk Ziela Jalil dan Lizza Abdullah.

Nampaknya usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri sememangnya tidak boleh lari daripada kontroversi dan ada sahaja isu melibatkannya.

Mungkinkah secara kebetulan sama ataupun memang sengaja direka sebegitu untuk mendapat lebih hits dan viral? Apa komen korang?




www.myartis.com / Sumber: mstar & Instagram Aliff Syukri


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: