28 November 2018

DOKTOR BANYAK KALI PESAN - PUTERI SARAH TETAP MAHU UMRAH BERSAMA


"Penat memang penat, after habis tawaf mesti bagitau suami perut rasa ketat sangat, kaki badan semua sakit and sometimes syaikhul taknak dekat orang lain nak mama dia jugak. Adik syaikhul pun boleh tahan.





"Kicking everytime ☺️ Tapi hati puas, happy Allah sahaja yang tau ❤️❤️," kata pelakon Puteri Sarah Liyana yang berkongsi pengalamannya ketika menjalani ibadah umrah bersama keluarganya menerusi laman Instagram miliknya.

Dalam entri yang dimuatnaik, Puteri Sarah mengakui tidak mudah serta berasa penat tatkala sedang hamil 23 minggu serta menguruskan anak sulungnya dalam masa yang sama.

Menurut isteri kepada pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof ini lagi, Allah permudahkan segala urusan kerana niatnya untuk beribadah.

Klik untuk gambar besar


"It ain't easy and extremely tired when u're 23 weeks pregnant and ur baby is very, very, very clingy 😖 Nak2 time solat pun nak berdukung. Tapi alhamdulillah suami banyak dukung especially time tawaf, family members yang lain pun tolong jaga syaikhul. Allah permudahkan semua kerana niat nak beribadah..," tulisnya.

Bertegas ingin mengikuti keluarga ke Mekah, Puteri Sarah mengambil pendekatan mengambil suntikan vaksin sebelum berangkat kerana keadaan tubuh badannya yang masih lemah dan menasihati orang juga berbuat demikian.

"Doctor banyak kali pesan JANGAN PERGI tapi nak jugak sebab taknak ketinggalan nak ikut family beribadat sama2. Segala cucuk vaccines ambil sebab timelah ni kita paling fragile - 📣📣 (pls take note preggy mums. Persiapkan diri anda ask ur gynae apa vaccines BOLEH & KENA AMBIL. U don't wanna take the risk pergi empty handed je)," kongsinya.

Kuatnya seorang wanita berbadan dua dan masih menjaga anak lain ketika beribadah di rumah Allah. Semoga urusan ibadah Puteri Sarah dan suami berjalan dengan lancar dan dipermudahkan setiap urusan.










www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & Instagram Puteri Sarah Liyana


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: