25 November 2018

ELYANA AMBIL ANAK ANGKAT LELAKI 'SINDROM DOWN'


"Ya, ini anak saya cuma saya tidak melahirkannya. Kini umurnya genap sebulan 24 hari. Terima kasih atas doa-doa anda buat saya sekeluarga," demikian tulis penyanyi Elyana yang mengakui telah mengambil seorang anak angkat lelaki penghidap 'Sindrom Down' yang diberikan nama 'Tulus' sejak sebulan yang lepas.





Elyana ,31, yang sedang bertarung dengan kanser limfoma tahap empat sejak tujuh tahun lalu itu menjawab soalan-soalan peminat di Insta Story.

Hasil perkahwinan Elyana bersama suami, Khairul Anuar Husin pada 2010 telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Cinta Sumayyah yang kini berusia tujuh tahun.

Terdahulu, pelantun 'Tak Tercapai Akalmu' ini mengakui pernah hamil anak kedua namun terpaksa digugurkan kerana komplikasi penyakit kanser yang dihadapinya dikhuatiri akan membahayakan diri dan bayi yang dikandung.

Klik untuk gambar besar









www.myartis.com / Sumber: Kosmo


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: