25 November 2018

"BUKAN LAGI YANG DULU" - MAMAT SEPAH SERIK, ENGGAN ULANGI


"Cukuplah, saya tidak sanggup berdepan kontroversi lagi. Saya sudah serik. Disebabkan kontroversi, saya menjadi orang yang sangat berhati-hati. Saya turut belajar menghormati orang lain dan menghargai masa bersama kawan baik.





"Saya bukan lagi Mamat Sepah yang dulu," kata pelawak Mamat Sepah, 33, yang enggan mengulangi kesilapan silam apabila sering terjerat dengan kontroversi tidak berkesudahan suatu ketika dulu.

Menurutnya, kontroversi pembubaran kumpulan Sepah, kira-kira tujuh tahun lalu, selain cerita panas dikaitkan dengan beberapa wanita cukup mematangkan dirinya.

Mamat atau nama sebenarnya Mohd Noor Murad, juga berkata dia tidak merajuk seperti yang didakwa apabila jarang muncul di kaca televisyen.

"Saya bukannya membawa diri. Saya tidak berlakon bukannya kerana tiada tawaran, tetapi kurang berminat terhadap bidang itu.

Klik untuk gambar besar


"Berlakon bukan dunia saya, sebaliknya jiwa saya lebih ke arah muzik. Saya hidup dengan muzik, tetapi suara pula tidak sedap," jelasnya.

Mamat akui dirinya sudah lama tenggelam daripada populariti dunia seni, namun selesa dengan apa yang dimiliki hari ini.

"Saya bersyukur dengan kehidupan sekarang. Sebenarnya, sudah lama saya mengusahakan syarikat atur cara, 'Mamat Sepah Entertainment'.

"Saya mengendalikan majlis dan acara makan malam syarikat. Saya mengendalikan pelbagai majlis sejak masih bersama kumpulan Sepah lagi. Itulah juga punca rezeki apabila saya tidak berlakon," tuturnya.




www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: