25 November 2018

'BUNGA' DILABEL 'MEMBAZIR' - ALTIMET TEGAS TAK BUAT PERSEMBAHAN DI AJL33


Lagu 'Bunga' sekali lagi berjaya untuk ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-33 (AJL33), penyanyi rap, Altimet meluahkan rasa syukur atas kejayaan tersebut.





Bagaimanapun, keputusan tersebut nyata tidak disenangi segelintir pihak yang menyifatkan permilihan Altimet adalah sesuatu yang merugikan kerana rapper tersebut baru sahaja mengumumkan persaraannya awal minggu lalu.

Individu tersebut memberitahu Altimet sepatutnya mengundur daripada pertandingan tersebut lalu memberi peluang kepada artis lain. Langsung melihat komen tersebut, ini respon yang diberikan oleh Altimet:

"Kalau nak komen dapatkan info dulu. Saya kata saya nak berhenti daripada buat persembahan. Jadi lagu Bunga ni orang lain akan persembahkan. Saya tulis lirik lagu ni. AJL ni pertandingan tulis lagu. Bukan pertandingan menyanyi.

Klik untuk gambar besar


"Kalau tak cukup maklumat jangan bukak mulut, nanti ada orang label awak bingai. Bukan saya, saya tahu awak kurang maklumat. Tapi orang lain. Terima Kasih kerana bagi maklumat," tulisnya.

Tambah Altimet, dia menegaskan tidak akan membuat persembahan di AJL33 dan akan menggantikan dirinya degan orang lain.

Di ruangan komen, rata-rata peminat mahukan AJL33 menjadi pentas terakhir Altimet sebelum bersara terus daripada menjadi seorang penghibur.

Selain 'Bunga', sebanyak 11 lagi lagu telah dipilih untuk beraksi di pentas AJL33 antaranya 'Semakin' darpada Siti Sarah, 'Di Matamu' nyanyian Sufian Suhaimi dan 'Sampai Bila' dendangan Misha Omar.




www.myartis.com / Sumber: Media Hiburan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: