"Bagi saya, gaya sebegitu agak normal jika dilakukan sesama perempuan kerana secara semulajadinya perempuan bersifat manja dan mesra. Selain itu, saya dan Eyka bergaya sebegitu untuk menunjukkan angle yang menampakkan jawline kami.

"Dah tu saya kena posing macam abang-abang ke," kata pelakon dan penyanyi Janna Nick yang berseloroh berhubung isu gayanya bersama pelakon Eyka Farhana yang menerima kecaman kerana 'mirip LGBT'.
Baru-baru ini, tular isu foto Janna bersama Eyka yang didakwa netizen kelihatan seperti kekasih sesama jantina.
Klik untuk gambar besar

Menerusi laporan HLive, Janna mengatakan dia dan Eyka tidak berniat untuk membuat peminat mereka berfikir sebegitu, sebaliknya hanya bergaya untuk menunjukkan kemesraan mereka.
Untuk pengetahuan anda, Janna mulai aktif di industri hiburan tempatan pada tahun 2016 dan berjaya membina popularitinya menerusi bidang nyanyian, lakonan dan pengacaraan.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Janna Nick & Eyka Farhana
________________________

No comments:
Post a Comment