08 November 2018

KESAL TAK DAPAT BERSAMA - NEELOFA MOHON DOAKAN DATUKNYA


"Not being able to be there for him ..." demikian kata pengacara dan pelakon Neelofa yang memohon kepada semua pihak untuk mendoakan kepada datuknya, Haji Noor Mohamed yang kini dimasukkan ke hospital.





Menerusi Instastory di Instagram miliknya, Neelofa berkongsi video keadaan datuknya serta memberitahu akan bertemu dengannya dalam masa terdekat ini.

"I'll see you soon abah. Please make duaa for my grandfather. May Allah grant him shifa. Ameen," tulis Neelofa yang meluahkan rasa kesal kerana tidak dapat bersama datuk dan ahli keluarganya di saat ini atas faktor kerja.

Klik untuk gambar besar


Pengacara program 'Meletop' itu mengaku dia mampu untuk menempuh segala cabaran dan dugaan yang datang namun kali ini amat berat buat dirinya.

Neelofa juga berpesan kepada pengikutnya supaya selalu meluangkan masa bersama yang tersayang, selagi mereka masih kuat dan sihat.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Neelofa


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: