28 November 2018

KANDUNGAN 36 MINGGU SONGSANG - ALMY NADIA MOHON DOA


"Harini (27 November 2018) g check up . Kandungan 36 minggu 3 hari... doc ckp baby songsang.. minggu depan 37 minggu jumpa doc lagi.





"If baby tak duduk di kedudukan nya kena buat keputusan antara normal delivery atau potong perut jawapnya...," demikian tulis pelakon Datin Almy Nadia yang tidak lama lagi bakal melahirkan cahaya mata ketiganya.

Almy atau nama penuhnya Ungku Almy Nadia berkongsi kandungannya kini sudah masuk minggu ke-36 menerusi sebuah entri di akaun Instagram (IG) miliknya.

Dalam masa sama, isteri kepada pelakon Datuk Fizz Fairuz ini memberitahu hasil pemeriksaan doktor, bayi dalam kandungannya berada dalam keadaan songsang.

Menurut Almy, jika pada minggu ke-37 keadaan bayi masih tidak berada dalam kedudukannya, dia terpaksa membuat keputusan sama ada melahirkan secara normal atau pembedahan.

Klik untuk gambar besar


Almy akui berasa gementar kerana sebelum ini dua orang anaknya dilahirkan secara normal. Dek kerana itu, Almy memohon kepada semua pihak untuk mendoakan agar semuanya selamat.

"DOAKAN saya dan baby sy berada dikedudukan yg betul yer semua.. jadi nerbes bila doc ckp nak kena bedah.. sbb 2 anak sy normal delivery.. jadi klu boleh taknak la nak kena bedah2 ni.. 😭😭😭...

"Doakan sy agar selamat semuanya ya.. (pic tak ada kaitan ap2, abaikan yg depan tu ) 🤣🤣🤣," demikian tulis pelakon Datin Almy Nadia yang tidak lama lagi bakal melahirkan cahaya mata ketiganya," katanya.

Untuk makluman, Almy dan Fizz bernikah pada tahun 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata Arianna, 3 dan Aurora, 1.




www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & Instagram Almy Nadia


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: