28 November 2018

BUAT VIDEO MINTA SUMBANGAN - PELAWAT PUTERI BALQIS DIKECAM


Baru-baru ini, sekumpulan individu telah datang menziarahi Puteri Balqis di rumahnya, namun tindakan tidak menghormati keadaan pelakon cilik itu menimbulkan kemarahan netizen.





Menerusi video berdurasi kira-kira lima minit yang dikongsi sebuah blog hiburan, kumpulan yang mewakili sebuah produk kesihatan itu mendedahkan keadaan kesihatan pelakon kanak-kanak itu.

Kumpulan yang bertujuan menyerahkan sumbangan mereka turut memaparkan keadaan kanak-kanak itu yang sedang terbaring dalam keadaan tidak bermaya.

Salah seorang wakil kumpulan itu menerusi video berkenaan meminta orang ramai yang berhampiran datang menziarah dan memberi sumbangan kepada keluarga pelakon tersebut.

Bagaimanapun, perkara itu menimbulkan rasa kurang senang netizen yang menganggap ia sebagai tidak mempunyai adab. Kumpulan itu dilihat cuba meraih perhatian masyarakat dengan cara nada yang kuat dan tidak menghormati Balqis yang sedang sakit.

Klik untuk gambar besar


"Mana adab ziarah? Kesian Balqis. Membantu tu sudah bagus, tapi sampai nak suruh Balqis komen sudah kenapa? Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya," ujar salah seorang netizen.

Malah, pelakon veteran Fauziah Nawi turut meninggalkan komen mempersoalkan perkara berkenaan: "Allah... kenapa rakam macam itu. Anak itu sakit. Nama dia pun anda tak tahu".

Pada Julai lalu, sekeping gambar yang dimuatnaik menerusi akaun Instagram milik Balqis bersama hastag #fightcancer mengejutkan ramai pihak.

Menerusi laporan sebuah portal, ibu kanak-kanak itu, Norashikin telah mengesahkan anaknya menghidap kanser. Sebelum itu, Balqis mengalami demam berpanjangan pada Mei di samping kerap muntah dan disahkan mempunyai masalah jantung.

Manakala, ruang komen akaun Instagram yang menggunakan nama @rockingbalqis telah ditutup.


KLIK DISINI UNTUK TONTON VIDEO




www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: