28 November 2018

31 GAMBAR - SUASANA MAJLIS PERSANDINGAN SEMULA FAZLEY & ISTERI


"Pada awalnya, isteri saya tak nak bersanding sekali lagi. Dia merupakan seorang yang sangat 'private'. Dia sering berada di rumah dan keluar hanya untuk bekerja. Dia memilih untuk tidak berada dibawah 'limelight'.





"Namun begitu, selepas saya jelaskan tujuan bersanding semula adalah untuk merealisasikan hajat dan wasiat arwah bapa saya, Datuk Yaakob Muhammad yang mahu kami bersanding semula, dia akur dan menerima perkara ini dengan hati yang terbuka.

"Arwah bapa mahukan kami bersanding dan mencipta memori manis baru kerana 13 tahun lalu, banyak kenangan pahit yang kami tempuhi.

"Pesan bapa, apabila masa itu mengizinkan, bersandinglah semula dan cipta kenangan baru dengan isteri saya kerana dia amat menyayanginya.

Klik untuk gambar besar


"Jika dahulu, terlalu banyak kekangan yang rakan-rakan hadapi untuk hadir ke majlis persandingan kami. Pihak media juga tidak dibenarkan membuat liputan.

"Alhamdulillah, kami berjaya menunaikan apa yang arwah bapa inginkan. Saya dan isteri rasa lega kerana dapat menyudahkan amanat arwah bapa," kata cef selebriti dan penyanyi, Datuk Fazley Yaakob, 40, yang mendedahkan isterinya, Datin Azrene Ahmad, 38, kurang bersetuju dengan cadangan untuk bersanding sekali lagi.

Majlis persandingan semula yang diadakan dan diraikan dengan penuh rasa kesyukuran malam semalam itu dihadiri oleh lebih 350 orang tetamu dari kalangan keluarga, teman rapat dan rakan media, Fazley dan Azrene diraikan di Lanai Tamu Event Hall, Damansara Perdana.



Lebih manis, empat cahaya mata mereka iaitu Ahmad Fariedz, 10, Ahmad Fieradz, 8, Ahmad Fierudz, 7 dan Alayna Selma, 1, turut sama-sama meraikan majlis indah terbabit.

Bertemakan perkahwinan dalam taman dengan busana tradisional moden, Fazley kelihatan kacak menggayakan busana rekaan Bon Zainal. Azrene pula kelihatan jelita menyarungkan persalinan indah rekaan pereka fesyen terkemuka, Fizi Woo.

Lebih menarik, tayangan foto majlis persandingan pertama pada 7 November 2005 turut dipaparkan di layar besar selain ucapan istimewa arwah bapa. Fazley bersyukur majlis persandingan semulanya dengan isteri, berlangsung meriah.

Untuk makluman, Fazley dan Azrene berkahwin pada 13 tahun lalu dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fariedz, 10, Ahmad Fieradz, 8, Ahmad Fierudz, 7 dan Alayna Selma, 1.


























































www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: