28 November 2018

BILA CHE MAD CABAR MAHU BERSUNAT.... AKHIRNYA MENYESAL


"Kalau ikutkan saya rasa memang macam masih terlalu awal... Saya tidak paksa atau suruh tetapi dia sendiri yang beritahu mahu bersunat.





"Dia rasa tercabar dan tidak mahu ketinggalan apabila kebanyakan sepupu lelakinya sudah pun berkhatan jadi dia mahu melalui proses sama.

"Alhamdulillah dia seorang yang berani dan saya sendiri pun tak sangka dia betul-betul dengan keputusannya itu," demikian kata pelakon dan penyanyi Datin Diana Danielle yang bangga dengan keberanian anak lelakinya, Muhammad yang baharu berusia lima tahun melalui proses berkhatan tiga hari lalu.

Klik untuk gambar besar


Diana, 28, berkata, keputusan untuk berkhatan itu dibuat sendiri oleh Muhammad atau lebih mesra dipanggil Che Mad selepas berasa tercabar dengan sepupunya yang sudah bersunat.

Menceritakan lebih lanjut mengenai keadaan Muhammad, Diana berkata, dia hanya menangis ketika diberikan ubat bius namun selepas kesan ubat itu hilang, kanak-kanak itu mula menyesal dengan keputusannya.

"Dia menangis kerana kesakitan dan beritahu menyesal kerana bersunat... Tetapi itu pada hari pertama sahaja dan sekarang keadaannya semakin pulih," tuturnya.






www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: