28 November 2018
TAHNIAH - AHYA ROSLI KINI TUNANGAN ORANG
Hujung minggu lalu, anak kepada dramatis popular Normah Damanhuri iaitu Ahya Rosli telah selamat mengikat tali pertunangan dalam sebuah majlis yang diadakan di kediaman pilihan hatinya di Kuala Perlis, Perlis.
Ahya yang juga merupakan seorang model dan pelakon itu mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya yang dikenali sebagai Shahirah.
Berita gembira itu dikongsikan Ahya menerusi laman Instagramnya dengan memuatnaik beberapa keping gambar pertunangan mereka yang dihadiri kaum keluarga kedua-dua belah pihak.
"Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada seluruh ahli keluarga. Kita #darahmanis. Saya cintakan awak sayang. Tanggungjawab suami," tulisnya.
Klik untuk gambar besar
www.myartis.com / Sumber: Kosmo
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment