06 November 2018

MASIH 'DIAM' ISU HUTANG - SHIHA ZIKIR BAKAL AMBIL TINDAKAN


Tidak teragak-agak mengambil tindakan terhadap rakannya yang masih belum melangsaikan hutang yang dipinjam sebelum ini, penyanyi Shiha Zikir, 29, berkata dia berasa tertekan dengan sikap individu tersebut apabila cuba melarikan diri daripada menyelesaikan masalah.





"Saya akan ambil tindakan seterusnya jika dia masih lagi mengelak dan cuba melarikan diri daripada melangsaikan hutang sepenuhnya.

"Memang dia ada bayar hutang pada saya tapi belum langsaikan semua. Saya jadi tertekan dan geram dengan perangai dia yang suka larikan diri dan tak bertanggungjawab.

"Saya dah cuba minta baik-baik tapi dia tukar nombor telefon dan cuba lari daripada masalah," katanya yang meminta individu tersebut menghubunginya segera.

Shiha diminta mengulas mengenai status kemarahan terhadap individu yang tidak membayar hutangnya menerusi laman Instagram.

Klik untuk gambar besar


Menerusi status tersebut, pemilik nama Nurshiha Mohd Zikir ini sudah lama bersabar dengan individu yang enggan melangsaikan hutang.

Menurut Shiha, dia akan memuatnaik foto individu tersebut sekiranya lelaki itu masih mendiam diri tanpa menghubunginya.

"Bila diam awak makin menjadi eh. Hutang tak habis lagi tau. Nak suruh sabar sampai berapa tahun? Ramai saja lagi kawan-kawan hutang tapi dah halalkan sebab tak mampu bayar. Saya faham, tapi dengan cara awak yang suka menipu dan lari dari masalah ini, saya rasa saya kena minta juga sampai dapat.

"Hubungi saya secepat mungkin kalau tak nak, saya muat naik gambar kat sini. Niat saya post sebab nak tahu lokasi awak kat mana. Saya hubungi bini (isteri) awak pun dah tak berangkat. Apa cerita?" tulis Shiha yang geram dengan perangai individu yang berhutang dengannya.



Shiha sudah memberi tempoh seminggu kepada seorang rakannya untuk membayar semula hutang yang pernah dibuat oleh individu itu pada Ogos lalu.

Bagaimanapun, sehingga kini rakannya itu masih berdiam diri dan menghilang apabila diminta untuk membayar hutang berkenaan.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut Shiha menasihatinya untuk bersabar menghadapi perkara tersebut.

Untuk makluman, Shiha mulai aktif di industri hiburan tempatan pada tahun 2005 dan berjaya membina populariti menerusi nyanyian dalam genre pop irama Malaysia dan dangdut.




www.myartis.com / Sumber: mStar, Astro Gempak & Instagram Shiha Zikir


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: