26 November 2018

MASUK HOSPITAL LAGI - ISTERI MOHON DOAKAN EZAD LAZIM


"Memang setiap masa saya menemani Ezad bagi menjaga pemakanannya. Namun, hendak dijadikan cerita, saya sibuk menjaga anak sulung, Puteri Rania Keisha yang dijangkiti Influenza B.





"Keadaan suami bertambah teruk apabila cirit birit dan muntah akibat salah makan. Dengan badannya yang lemah, ditambah pula dengan sakit usus, Ezad akhirnya bersetuju kami membawanya ke hospital.

"Sehubungan itu, saya sangat berharap peminat dapat mendoakan agar suami pulih secepat mungkin," kata isteri kepada penyanyi Ezad Lazim, Zeana Ramli yang meminta peminat mendoakan kesihatan suaminya yang sekali lagi dimasukkan ke hospital akibat sakit usus dikenali sebagai Gastroesophageal Reflux Disease (GERD).

Zeana yang cemas melihat suami kesakitan, meminta bantuan teman rapat membawa Ezad ke hospital, kira-kira jam 1 pagi tadi. Lebih merisaukan, Ezad turut mengalami 'serangan panik' berikutan keadaan kesihatannya.

Klik untuk gambar besar


Ralat dengan keadaan suaminya yang terlantar di katil, Zeana mahu kembali mengawal pemakanan Ezad pada masa depan.

"Sebagai penyanyi, antara faktor penting mengapa sakit usus perlu dikawal adalah kelebihan suara daripada perut. Jadi saya tidak mahu memandang remeh soal kesihatan ini," tuturnya.

Untuk makluman, Ezad atau pemilik nama penuh, Mohd Rohaizad Mohd Lazim, 37, mendirikan rumah tangga dengan Nor Azeana Ramli pada 2013. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu, Puteri Rania Keisha dan Putra Mohammad Darwish.




www.myartis.com / Sumber: mStar & Instagram Zeana Ramli


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: