17 November 2018

MERTUA SOLAT DEPAN KAABAH - NETIZEN SEBAK LIHAT MARSHA JAGA


Usaha penyanyi dan pelakon Marsha Milan yang melindungi ibu mertuanya ketika melakukan solat di hadapan Kaabah dengan mendepakan tangan menghalang jemaah lain daripada melanggar itu telah membuatkan peminat tersentuh melihatnya.





Menerusi satu video pendek yang dimuatnaik di akaun Instagramnya itu mendapat perhatian peminat lebih-lebih apabila melihat Marsha sendiri dilanggar oleh beberapa jemaah yang ingin melalui kawasan tersebut.

Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat menyatakan rasa sebak melihat aksi Marsha yang melindungi ibunya dengan bersungguh-sungguh.

Dalam pada itu, menerusi posting yang sama Marsha juga menyatakan rasa syukur kerana berpeluang mencium batu Hajarul Aswad.

Klik untuk gambar besar


"Perasan tak stocking Marsha sebelah lain sebelah lain. Agak- agak sebab apa? Sebab Marsha baru keluar dari kucup Hajarul Aswad sampai tercabut stocking lagi sebelah.

"Tapi Alhamdulillah diberi peluang kucup Hajarul Aswad dan solat di Hijir Ismail. Syukur Ya Allah," tulis Marsha yang kali kedua menunaikan ibadah Umrah bersama suami.

Terdahulu, Marsha dan Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail diijabkabulkan pada 31 Disember 2015.
















www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Marsha Milan & Shaiful Nizam


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: