16 November 2018

EMMA SEKADAR KAWAN - KAMAL KINI 'SOLO', MAHU FOKUS KERJAYA


"Saya dengan Emma memang hanya berkawan sahaja. Mungkin kedua-dua kami selesa dengan perkara ini. Setakat ini, saya memang tiada siapa-siapa dan masing-masing memberikan fokus terhadap kerja.





"Buat masa ini, saya rasa mahu kekalkan momentum untuk fokus dalam karier. Saya nak buat apa yang saya tak buat semenjak awal penglibatan dalam bidang seni.

"Saya juga mahu mengumpul harta untuk kesenangan masa hadapan. Sekarang juga adalah masa untuk saya muhasabah diri, membetulkan diri sendiri..

"Saya harus menyemak balik apa kekurangan saya menerusi perhubungan yang terjalin sebelum ini. Sekarang biar saya ada masa untuk diri sendiri dan masa untuk karier," kata pelakon kaml Adli yang mengulas mengenai status hubungan dengan teman tapi mesranya, pelakon Emma Maembong.

Klik untuk gambar besar


Ketika ditanya mengenai status terkini dirinya, Kamal mengatakan dia kini solo dan selesa membiarkan fokusnya lebih terarah dengan kesibukan di set penggambaran.

Kamal yang bakal muncul dengan telefilem 'Hingga Jumpa Lagi' itu mahu memberikan tumpuan terhadap kerjayanya sebagai seorang pelakon dan pengacara.

"Alhamdulillah, rezeki itu tak putus-putus. Saya menerima tawaran demi tawaran dan menjayakan karakter yang baik untuk portfolio lakonan saya.

"Saya kini sedang single dan mahu fokus terhadap kerja. Kesibukan itu bagus dan saya mahu memberikan lebih tumpuan terhadap kerjaya seni saya," ujarnya.






www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: