16 November 2018

SOAL AURAT: "TUTUP BUKAN SEKADAR TUDUNG, BANYAK...." - VANIDAH


Pelakon Vanidah Imran yang sering disoal netizen berkaitan dengan dirinya bilakah akan berhijab dan menutup aurat itu akhirnya bersuara berkenaan isu tersebut.





Kisahnya bermula apabila Vanidah berkongsi video 'repost' daripada penyanyi Nourul Wahab berkaitan dengan soal warna kulit, bagaimanapun, lain pula yang dilihat netizen.

"Tapai kalau semua dah cantik tak tutup aurat pun masih lagi cantik kak, nak lagi cantik tutup aurat InsyaAllah segala-galanya akan jadi lebih baik cantik.

"Sebab nabi dah bagitahu akhir zaman banyak wanita yang tak tutup aurat dan ada jugak golongan wanita yang tutup aurat tapi hakikatnya berbogel.

Klik untuk gambar besar


"Nasihat untuk semua dan diri sendiri juga, sama-sama kita saling mengingati kerana Islam itu cukup sempurna," tulis individu tersebut di ruangan komen.

Susulan itu, Vanidah telah membalas komen individu tersebut: Ya betul, tapi menutup aurat bukan hanya sekadar pakai tudung... banyak faktor lain yang perlu berubah, perlu dijaga. Semua itu proses dalam menjadi hambanya yang lebih baik. Slowly but surely. InsyaAllah".

Berikutan itu, ada juga beberapa netizen yang memberikan pandangan mereka mengenai isu tersebut dan semuanya dibalas baik oleh pelakon filem 'Mami Jarum' itu.

Apa-apapun, memang wajib seorang wanita Islam menutup aurat tetapi kita tidak boleh paksa orang untuk berubah dalam sekelip mata. Biarlah ia dilakukan dengan ikhlas agar dapat terus beristiqamah. Doakan yang baik-baik sahaja buat Vanidah.




www.myartis.com / Sumber: Media Hiburan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: