16 November 2018

BANJIR KILAT - RUMAH ZUR EDA DITENGGELAMI AIR, BARANG ROSAK


"Ketika itu saya dalam perjalanan ke Perlis kerana ada jemputan persembahan di sana, Sarah (anak) menghubungi saya memberitahu hujan sangat lebat sedang turun di Sungai Buloh. Perasaan saya ketika itu hanya berdebar kerana bimbangkan keselamatan anak-anak dan cucu.





"Semua barang berniaga, perabot, kelengkapan rumah dan baju rosak akibat banjir semalam," luah penyanyi era 1980-an Zuraidah Mokhtar atau dikenali sebagai Zur Eda, 53, yang sebak saat rumahnya di Paya Jaras, Sungai Buloh dinaiki air sehingga paras pinggang, semalam.

Bersyukur mereka selamat, Zur Eda berkata, insiden banjir yang melanda kawasan rumahnya itu adalah pertama selepas kali terakhir berlaku kira-kira enam tahun lalu.

Zur Eda menyedari kawasan rumahnya terletak di kawasan rendah namun tidak menyangka kejadian semalam mengembalikan trauma yang pernah dilalui enam tahun lalu.

Klik untuk gambar besar


"Kira-kira 20 tahun lalu, banjir pernah berlaku kerana adanya pembangunan sekitar Sungai Buloh, kemudian selepas pihak berkuasa melakukan perluasan dan mendalamkan Sungai Buloh, tiada lagi kejadian banjir berulang.

"Kemudian tidak sangka ia berlaku sekali lagi enam tahun lalu dan terbaru petang semalam," ujar penyanyi popular yang dengan lagu 'Kelmarin' dan 'Pelitaku' pada era 1990-an.

Bekas peserta Gegar Vaganza musim ketiga (GV3) itu mengakui ramai menasihatinya untuk berpindah atau melakukan penambaikan pada rumah dengan meninggikan struktur rumah.

"Untuk naikkan struktur rumah akan menelan belanja yang sangat tinggi dan saya belum berkemampuan untuk melakukannya. Rumah dan tanah ini saja yang saya ada dan untuk berpindah bukan perkara mudah.



"Ramai tidak tahu ketika era kemelesetan ekonomi Malaysia sekitar lewat 90-an, saya terpaksa menjual dua rumah saya di Kajang dan Cheras, selain kereta kerana terpaksa untuk menampung kehidupan selain membesarkan anak-anak," tuturnya.

Akui sedari itu, Zur Eda memberitahu dia dan suami terus berjuang dengan melakukan pelbagai usaha termasuk menjual nasi lemak dan kerepek untuk menampung kehidupan sekeluarga.

Zur Eda turut mendedahkan banjir yang melanda rumahnya semalam menyebabkan barang untuk jualan yang akan digunakan untuk menyertai beberapa karnival turut musnah.



"Saya tidak tahu bagaimana nak 'recover' semula kerana sudah berhabis ribuan ringgit. Apa sekali pun, saya kena terus sabar dan reda serta tidak boleh berputus asa untuk bangkit semula," jelasnya.

Dalam pada itu, Zur Eda memohon pihak berwajib terutamanya wakil rakyat di kawasannya dapat turun melihat dan membantu selain menghulurkan sedikit bantuan kepada mangsa yang terjejas.

Dalam kejadian pada petang Khamis, beberapa kawasan di sekitar Sungai Buloh mengalami banjir kilat berikutan hujan lebat sejak pukul 5 petang.

Kejadian turut berlaku di Kota Damansara, Kampung Paya Jaras, Kampung Kubu Gajah dan Rawang yang dinaiki air setinggi 50 sentimeter sehingga mencecah satu meter. Bagaimanpun tiada pusat pemindahan banjir dibuka.


www.myartis.com / Sumber: Harian Metro & mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: