16 November 2018

ISU ALIFF SYUKRI: MCMC BERI AMARAN - ASTRO MOHON MAAF


Syarikat penyiaran terkenal, Astro telah diberi amaran oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkenaan kandungan slot promosi produk jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri yang mengeluarkan kenyataan berbaur penghinaan terhadap wajah dan warna kulit orang lain ketika siaran secara langsung GV5.





Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memaklumkan pihak mereka memandang serius akan isu tersebut dan telah menjalankan siasatan atas aduan orang ramai agar perkara seperti itu tidak berulang lagi.

Setelah pertemuan empat mata, pihak Astro akan tampil memohon maaf dalam siaran akan datang. Dalam masa yang sama, pihak penyiaran Astro juga berjanji akan merakamkan terlebih dahulu sebarang segmen melibatkan pihak penaja utama agar tidak mengulangi perkara yang sama lagi.

"Pihak Astro menghadiri perjumpaan dengan SKMM pada 7 November lepas bagi memberi penjelasan butiran insiden serta tindakan pencegahan dan pembetulan yang diambil. Permohonan maaf daripada pihak penaja dan Astro telah dikeluarkan semasa siaran program pada 11 November," katanya.

Klik untuk gambar besar


Menerusi kenyataan media itu juga, permohonan maaf dari pihak penaja iaitu Datuk Aliff Syukri tidak diperlukan selepas permohonan maaf yang disiarkan secara langsung dalam program terbabit minggu lalu.

Terdahulu, Aliff mempromosikan produk pemutih kulitnya dengan melabelkan seorang wanita hodoh dan mempunyai wajah seperti bomoh. Bukan itu sahaja, beliau juga mempersenda warna kulit penyanyi berbanga India, Santesh Kumar.

Harapnya isu ini dapat menjadi pengajaran kepada semua pihak penaja pada masa akan datang. Tidak salah untuk mempromosikan produk kerana anda sudah melaburkan wang yang banyak untuk sesebuah program tetapi biarlah dengan cara yang lebih berhemah dan tidak keterlaluan.










www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara & Oh Bulan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: