16 November 2018

"USAH DITANYA SAKITNYA" - SHARNAAZ MOHON DOAKAN DATUK ISTERINYA


"Atuk kesayangan kami semua Hj Nor Mohammad... yang kini bertarung nyawa di Kelantan. Jika boleh usahlah ditanya apa sakitnya.





"Semoga Allah angkat kesakitan beliau dan gantikan dengan kesembuhan dan kesihatan yang berpanjangan," kata pelakon Sharnaaz Ahmad yang memberitahu datuk kepada isterinya, Noor Nabila iaitu Nor Mohammad kini sedang bertarung nyawa di Kelantan.

Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 33, berkata dia berharap tiada pihak yang bertanya mengenai sakit yang dihadapi datuknya.

Dia juga mendoakan agar Allah menggantikan kesakitan datuknya dengan kesembuhan dan kesihatan berpanjangan.

Klik untuk gambar besar


Sebelum ini, pelakon dan pengacara Neelofa yang kini berada di kelantan untuk melawat itu turut memuatnaik foto bapa kepada ibunya itu sedang terlantar sakit di hospital.

Dalam pada itu, pelakon drama 'Cinta Bukan Kristal' ini memohon kepada semua yang melihat statusnya itu berdoa agar Allah meringankan sakit datuknya.

Sharnaaz juga merayu kepada rakan-rakan selebriti untuk berdoa bersama dan memuatnaik posting itu di laman sosial mereka dengan keikhlasan hati.



"Saya mohon pada semua rakan-rakan muslim dan non-muslim yang ternampak post saya ini, tolong repost atas keikhlasan sendiri.

"Saya mohon anda terbaca post ini, dengan rendah diri berdoa pada yang Esa supaya Allah ringankan kesakitan beliau. Jika mampu sembahyang hajat buat beliau.

"Saya merayu sesama rakan artis berdoa bersama, ini bukan post berbayar untuk anda, tapi insyaAllah akan dibayar dengan pahala oleh Allah Swt," ujarnya.

Untuk makluman, Sharnaaz berkahwin dengan Nabila berkahwin pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan cahaya mata sulung, Jebat Jayden Ahmad pada 31 Ogos lalu.








www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Sharnaaz Ahmad


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: