16 November 2018

JANJI TIADA TARIAN SEKSI - ALIFF SYUKRI MAHU MASUK TV, AJL


Usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri seperti biasa menerusi laman Instagram telah tampil memohon maaf kepada semua pihak berhubung memuatnaik video TikTok menari 'sakan' dengan beberapa orang model luar negara ketika isterinya sedang menunaikan umrah.





Sebelum ini, penyanyi lagu 'Abang Nak Tegur' dan 'Bobo Dimana' itu menerima kecaman teruk daripada netizen gara-gara video tiktok tersebut.

Berkongsi perbualan beliau bersama isterinya di WhatsApp, Aliff yang bakal muncul dengan single terbaru berjudul 'Biar Apa Orang Kata' itu berjanji kali ini beliau tidak akan menghasilkan sebarang muzik video kontroversi dengan tarian seksi dan mengghairahkan.

Menurutnya, beliau mahu menjaga kualiti video kerana memasang impian untuk memasuki pertandingan lagu yang berprestij iaitu Anugerah Juara Lagu.

Klik untuk gambar besar


Ada yang meminta Aliff untuk memadam video beliau bergelek 'sakan' dengan model-model berkenaan agar tidak lagi mengundang fitnah.

Namun, ada juga yang sudah menyampah dengan permohonan maaf Aliff yang tiada kesudahannya dan menganggap ia hanya sekadar 'marketing' murahan.

Pada mereka, Aliff tidak perlu terlalu asyik dengan dunia hiburan dan lebih baik fokus kepada perniagaan beliau sahaja.






www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara & Instagram Aliff Syukri


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: