16 November 2018

HUBUNGAN SYAFIE NASWIP DENGAN AISHAH AZMAN DIRESTUI KELUARGA


"Alhamdulillah keluarga kedua belah pihak merestui hubungan kami malah Syafie juga sangat rapat dengan ibu saya. Pasal kahwin... Tiada perancangan dalam masa terdekat walaupun sudah tiga tahun bercinta.





"Insya-Allah kalau ada jodoh pasti tidak ke mana," kata pelakon Aishah Azman yang memberitahu mereka juga sudah bertemu dengan keluarga masing-masing untuk merapatkan silaturahim.

Pun begitu kata Aishah, buat masa ini mereka belum bercadang untuk melangsungkan perkahwinan dan meletakkan soal itu kepada jodoh apabila tiba masa yang sesuai.

Percintaan di antara pelakon Syafie Naswip dan Aishah bukan lagi rahsia malah hubungan itu sudah berlangsung sejak tiga tahun lalu.

Klik untuk gambar besar


Dalam pada itu, Aishah berkata, dia berkenalan dengan Syafie sebelum dia bergelar seorang pelakon dan senang dengan sikap teman lelakinya itu yang disifatkan sebagai berani dan baik hati.

"Syafie seorang yang baik hati tetapi paling penting saya selesa berada di sampingnya. Saya tertarik kepadanya kerana sikapnya yang berani dan serius menambat hati saya," ujarnya.

Bercakap mengenai perkembangan terbaharu, Aishah berkata, dia teruja dengan peranannya dalam drama 'Isteri Dalam Sangkar' yang memegang watak antagonis.






www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: