16 November 2018

ISMAIL IZZANI CROP MUKA: "SAMPAI HATI...." - PEMINAT RASA KECEWA


Dek kerana gambarnya dengan pemuda itu dipotong oleh penyanyi Ismail Izzani sebelum dimuatnaik ke Instagram, seorang peminat meluahkan rasa tidak puas hati dan bengang di laman Instagram Story miliknya.





Peminat itu yang menggunakan handle @ainulnajihahhh telah muatnaik gambarnya yang diambil bersama penyanyi lagu 'Bidadari' itu ke akaun Instagram sambil mention akaun rasmi Ismail.

Ismail dikatakan mengambil gambar itu dan memuatnaik ke akaun Instagramnya tapi memotong gambar peminat tersebut. Ainul Najihah kemudiannya memuatnaik Story meluahkan rasa sedih apabila gambarnya dipotong dari muatnaik asal.

Klik untuk gambar besar


Kakak Ainul Najihah telah memuatnaik Story tersebut ke Twitter, tetapi Ismail dikatakan telah memadamkan gambar tersebut. Khabarnya gambar itu dibuang setelah ruangan komen Ismail dihujani kemarahan Netizen yang datang dari Twitter.

Seorang lagu pengguna Twitter juga mendakwa Ismail pernah memuatnaik gambar yang diambil kakaknya tanpa kebenaran.

Bagi penulis tidak salah muat naik gambar yang diambil peminat asalkan dikreditkan. Diharap Ismail mengambil iktibar dari insiden ini.










www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: