29 November 2018

NEELOFA KENA KRITIK LAGI - KALI INI SKIRT JARANG, SINGKAT


Pelakon dan usahawan Noor Neelofa sering dilihat tampil dengan pelbagai fesyen yang unik dan setiap fesyen yang digayakannya itu selalu dikritik netizen.





Kali ini, busana serba merah yang digayakan Neelofa ketika berpeluang untuk bertemu dengan model antarabangsa Bella Hadid baru-baru ini itu dikatakan terlalu seksi dengan skirt yang jarang dan singkat sehingga menampakkan kakinya.

Sekali pandang memanglah tampak agak seksi, tapi sebenarnya Neelofa sedikit pun tidak mendedahkan kulitnya sebaliknya sudah menutup aurat dengan memakai lining.

Klik untuk gambar besar


Hanya dengan sekeping gambar boleh rakam 1001 cerita, yang baik mahupun buruk. Semuanya terpulang kepada tafsiran masing-masing.

Apa-apa pun, kami pasti dalam keghairahan mencuba fesyen yang berlainan daripada orang lain, Neelofa masih boleh berfikir mana yang sopan dan sesuai dengan imejnya sebagai seorang muslimah.




www.myartis.com / Sumber: Rotikaya


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: