23 November 2018

"SAYA NAK 'EXPLORE'... PAKAI IKUT KESESUAIAN MAJLIS" - PUTERI AISHAH


"Saya sebenarnya tidak mahu komen apa-apa sebab tidak mahu panjangkan cerita sebab tidak mahu ada unsur-unsur negatif dalam kehidupan saya. Kadang-kadang saya tak pakai seksi pun orang tetap kata nampak macam seksi.





"Lagipun pada usia yang masih lagi muda, ada macam-macam benda lagi saya nak 'explore' dalam hidup. Ada masa saya selesa dan ada masa saya pun tidak selesa (berpakaian mendedahkan).

"Saya cuma pakai ikut kesesuaian majlis," kata pelakon Puteri Aishah yang mengulas mengenai busana mendedahkan bahagian dada sehingga netizen mengkritik penampilannya yang disifatkan agak seksi.

Menjawab mengenai perkara itu, Aishah berkata dia hanya berpakaian mengikut kesesuaian majlis yang dihadirinya.

Klik untuk gambar besar


Tidak mahu lagi memanjangkan perkara tersebut, Aishah berkata, sebelum ini walaupun dia tidak berpakaian seksi namun ramai yang mengatakan ianya seksi.

Baru-baru ini, penampilan Aishah ke majlis Most Glam 2018 bersama pelakon Nazim Othman yang menggayakan busana merah menimbulkan rasa kurang senang dikalangan para peminatnya dan netizen yang menyifatkan pakaian aktres berusia 24 tahun itu terlalu menjolok mata.

Busana yang dipakai Puteri Aishah itu dianggap terlalu seksi dan ada yang mendakwa pelakon tersebut sudah berubah dari imej baik yang ditonjolkan sebelum ini.






www.myartis.com / Sumber: KopiPlanet.com


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: