25 November 2018

SITI SARAH: "BEBERAPA BELAS TAHUN, AKHIRNYA PENANTIAN DIMAKBULKAN"


Penyanyi Siti Sarah Raissuddin yang kini masih berada di Mekah kerana menunaikan Umrah menerusi laman Instagramnya telah meluahkan rasa syukur dan berterima kasih apabila lagu nyanyiannya, 'Semakin' berjaya mara ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-33 (AJL33).





Ini merupakan penyertaan pertama Sarah ke pentas besar terbabit setelah lebih 16 tahun terlibat dalam dunia seni. Sebelum ini, Sarah sering menyertai pentas Separuh Akhir Muzik Muzik tetapi lagu-lagu nyanyiannya gagal ke pentas AJL.

Sarah yang kini masih berada di Mekah kerana menunaikan Umrah meluahkan rasa berterima kasih menerusi sebuah posting terbaru di laman Instagram miliknya.

"Assalamualaikum.. Saya dan suami masih di tanah haram Mekah.. Saya baru mendapat berita di mana dengan izin Allah, lagu SEMAKIN mara ke Juara Lagu 33.

Klik untuk gambar besar
>

"Dengan rendah hati saya ingin berterima kasih kepada semua yang mengundi SEMAKIN hingga ke semi final dan juri yang memilih lagu SEMAKIN ke peringkat akhir Juara Lagu.

"Alhamdulillah... Setelah beberapa belas tahun akhirnya penantian saya dimakbulkan ALLAH.. Syukur Syukur Syukur Ya Allah.. Terima kasih MERA UTAMA @shuibsepahtu @muzikmuzik_33 @indigitalmusic," tulis Sarah.

Lagu 'Semakin' merupakan ciptaan sepenuhnya oleh suami Sarah, pelawak Shuib Sepahtu yang menggunakan nama pena 'Mera Utama'.

Untuk makluman, AJL33 bakal berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada awal tahun hadapan iaitu 3 Februari 2019.



www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Siti Sarah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: