14 November 2018

ZAIBO KEMBALI KE RAHMATULLAH - AL FATIHAH


“Abang Zaibo dah tiada... minta doakan dia ya,” demikian kata isterinya Siti Hawa Sawal.

untuk info, pelakon dan pelawak itu menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 1.30 petang hari ini (Rabu) selepas bertarung melawan kanser esofagos selama enam bulan.





Jenazah akan dikebumikan pada hari ini di tanah perkuburan Islam di Rengit, Batu Pahat, Johor.

Zaibo atau nama sebenarnya Zainal Ariffin Abd. Hamid, 62, tidak menyedari dia menghidap kanser tahap empat sehinggalah pada Ramadan lalu dia tidak boleh menelan makanan.

Nemun selepas mendapatkan rawatan di hospital, doktor memaklumkan dia menghidap kanser dan akhirnya mendapatkan rawatan susulan di Hospital Selayang beberapa bulan lalu. Dia juga turut berusaha berubat secara tradisional di Johor.

Al-Fatihah.


www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: