14 November 2018

BEBAS PERTUDUHAN KHALWAT - BEKAS SUAMI SERINA BERSYUKUR


Bekas suami kepada selebriti Serina Redzuawan iaitu Gavin Edward O'Luanaigh atau nama Islamnya Salahudin Ghaffar telah bebas daripada pertuduhan khalwat dengan seorang wanita, Julai lalu yang dikenakan terhadapnya oleh Mahkamah Rendah Syariah Subang Bistari.





Hakim Syarie Siti Aminah Kamil membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan menarik balik pertuduhan yang dikenakan terhadap Gavin dengan pasangannya, Kiranjit Sidhu @ Kiran Manjit Singh Sidhu.

Perkara itu dimaklumkan oleh peguam syarie Raihan Mustafa Kamal yang mewakili Gavin dan Kiran selepas kes disebut semula.

Menurutnya, pihak pendakwaan menyatakan tidak berhasrat untuk meneruskan dan menarik balik kes terhadap kedua-dua anak guam.

"Mahkamah Syariah sudah membatalkan pertuduhan yang dikenakan terhadap kedua-dua anak guam. Sebelum ini dua representasi sudah dikemukakan.

Klik untuk gambar besar


"Antara alasan dikemukakan ialah keadaan kesihatan Gavin ketika hari kejadian iaitu baru menjalani pembedahan usus, oleh itu mustahil mempunyai niat untuk melakukan kesalahan jenayah syariah," katanya.

Selain itu, Raihan berkata, status bilangan penghuni di dalam rumah ketika siasatan tidak menimbulkan keraguan dan elemen pendakwaan tidak dipenuhi. Pendakwaan dijalankan oleh pendakwa syarie Khafizah Ahmat Khairi.

Sementara itu, Gavin dan Kiran mengucapkan syukur atas pembatalan pertuduhan itu dan dapat membersihkan nama mereka.

Berdasarkan kenyataan yang diterima daripada Tetuan Zainul Rijal Talha dan Amir, Gavin mendakwa beliau adalah seorang beragama Islam dan sentiasa cuba mengamalkan agama Islam.



Malah, beliau juga mendakwa memujuk Kiran untuk memeluk agama Islam sebelum berkahwin dengannya. Gavin memeluk agama Islam pada 20 November 2006 manakala Kiran memeluk Islam pada 20 November tahun lalu.

Gavin dan Kiran didakwa atas pertuduhan percubaan khalwat mengikut Seksyen 52(1) dan Seksyen 29(1)(b)/(b) Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) Tahun 1995 pada 21 Julai lalu.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Petaling Jaya pada jam 12.26 pagi pada 10 Februari lalu. Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM3,000, atau kedua-duanya sekali.

Untuk makluman, Gavin dan Serina bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Daerah Petaling pada 1 Ogos 2017 selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua anak, Tristan Tareef dan Isabella Saffiya.


www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: