14 November 2018

BAKAL TUNAI UMRAH - MARK ADAM BERDOA DIKURNIA ZURIAT


"Alhamdulillah... Saya terima panggilan untuk menunaikan umrah, sebulan lalu. Risau tidak dapat membuat persiapan dalam tempoh singkat, namun, isteri meyakinkan saya. Peluang begini tidak datang berkali-kali.





"Jadi, kami enggan melepaskannya. Biarpun terpaksa menolak beberapa tawaran atau 'job', rezeki datang mencurah-curah hingga pertengahan tahun depan," penyanyi dan pelawak popular, Mark Adam apabila impiannya yang sudah lama disimpan iaitu menjejakkan kaki di bumi Anbia bakal tertunai.

Berkongsi berita gembira, Mark bakal menunaikan umrah bersama isteri, Ezan Marzan Echivarre dan dua sahabat baiknya, Shuib Sepah dan Siti Sarah, tidak lama lagi.

Mark yang akan berangkat menunaikan umrah bersama isterinya hari ini (14 November 2018) itu berkata, niat asalnya membawa ibu bapa mentua. Namun, ia tidak dapat dilaksanakan berikutan keadaan fizikal yang tidak berdaya.

Klik untuk gambar besar


"Jadi, saya pergi dulu... Mungkin pada masa depan, saya boleh membawa mereka," ujar Mark atau nama penuhnya Fikri Mark Adam Abdullah yang berharap beroleh hidayah dan menjadi umat Islam yang lebih baik selepas menjejakkan kaki di Makkah.

Belum dikurniakan zuriat selepas 15 tahun berkahwin, Mark turut berniat berdoa dikurniakan cahaya mata apabila berada di Tanah Suci.

"Selain berdoa kepada Allah supaya menjadi lebih baik, saya meminta doa kepada semua yang berada di sekeliling. Saya dan Ezan berharap dikurniakan cahaya mata... Doakan supaya ibadat kami berjalan lancar," tuturnya.


www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & Instagram Ezan Marzan Echivarre


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: