09 December 2018

ABAM BOCEY & ISTERI SAMBUT ANNIVERSARY PERTAMA


Tarikh 8 Disember 2017 merupakan hari dimana pelawak Abam Bocey dan pasangannya, Siti Nurhidayah disatukan sebagai suami isteri dalam satu majlis nikah yang diadakan Sabak Bernam.





Semalam (8 Disember 2018) telah genap setahun perkahwinan Abam dan isterinya dan mereka telah berkongsi foto menyambut ulang tahun pertama di akaun Instagram masing-masing.

Foto tersebut melihatkan Abam bersama isteri yang sedang bercuti di sebuah resort sempena ulang tahun perkahwinan pertama mereka.

Klik untuk gambar besar


"Genap setahun.. Syukur Alhamdulillah Ya Allah," tulis Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan.

"Syukur Alhamdulillah... setahun dah kita, semoga hubungan kita kekal ke Jannah. Amin," tulis isteri Abam pula.

Melihat komen pada entri tersebut, ramai netizen yang telah memberi ucapan tahniah di atas ulang tahun perkahwinan mereka dan mendoakan kebahagiaannya sehingga ke Jannah.






www.myartis.com / Sumber: Media Hiburan, Instagram Abam Bicey & Siti Nurhidayah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: