11 December 2018

BILA LAN SOLO BELI PIL SENGGUGUT UBATI DEMAM


"Tak tahu pula aku Lan tak reti baca. Dah kenapa? Sekarang ni persoalannya, perempuan mana punya panadol menstrual tu? Aku tak makan panadol tu!" demikian tulis isteri penyanyi Lan Solo, Sheila yang terkejut turut berkongsi sepotong video momen melucukan suaminya itu di Instagram baru-baru ini.





Lan menerusi laman Instagramnya turut berkongsi momen melucukan apabila dia tersalah membeli pil senggugut untuk mengubati demamnya.

Melihat pada sepotong video yang dimuatnaik Lan sendiri, bintang Gegar Vaganza musim ke-4 (GV4) itu mengakui kecuaiannya.

Klik untuk gambar besar


"Malam tadi saya demam, mungkin malam tadi malam bongok saya. So faham-faham sajalah kalau I tiba-tiba bertukar," katanya.

Situasi tersebut turut mencuit hati peminat pasangan itu selain mendoakan kesihatan Lan segera pulih.

Dalam perkembangan lain, Lan dalam rangka latihan sempena konsert 2 Dunia bersama Fitri Haris pada 14 Disember (Jumaat) di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: