11 December 2018

MUKTAMAD KELUAR FORTEEN - IZZUE ISLAM TAK TERKILAN


Pendiriannya untuk keluar daripada kumpulan Forteen selepas mengambil keputusan untuk mengundur diri bulan lalu, pelakon dan penyanyi, Izzue Islam, 28, memberitahu ia adalah muktamad dan tidak terkilan dengan apa yang berlaku.





"Kami masih berkawan. Saya juga tiada masalah jika ada permintaan untuk menjadi penyanyi undangan dalam lagu Forteen pada masa depan," katanya.

Dalam pada itu, dia akui impak diterima susulan isu lalu tidaklah seteruk yang diperkatakan peminat. Peminat Forteen dan ahli kumpulan masih memberi sokongan kuat seperti dulu.

Klik untuk gambar besar


Katanya, segala urusan seni masih berjalan seperti biasa tanpa sebarang masalah. Malah, banyak impian tersimpan sebelum ini dapat direalisasikan antaranya untuk menceburi bidang pengacaraan.

"Perbezaan pasti ada. Iya lah, dulu berkumpulan, kini solo tapi dari sudut kerja masih sama," ujarnya.

Izzue mengejutkan peminat apabila mengumumkan berundur daripada Forteen pada segmen karpet merah final Gegar Vaganza musim kelima (GV5) di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), November lalu.




www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: