02 December 2018

DATUK SERI VIDA: "KALAU SAYA DAPAT BABY LAGI..."


Baru-baru ini, usahawan kosmetik Datuk Seri Vida telah memuatnaik fotonya bersama anak Datuk Aliff Syukri iaitu Yusoff Al-Qardawi. Namun, apa yang menarik perhatian apabila usahawan itu melahirkan hasrat untuk mendapat anak lagi.





"Kalau saya dapat baby lagi... mesti enchem macam Yusoff Al-Qardawi," kata pengasas produk Vida Beauty.

Dalam pada itu, melihat pada ruangan komen, ramai yang menasihatkan agar penyanyi lagu 'I Am Me' itu mengambil anak angkat.

Sebelum ini juga, Vida ada memuatnaik video menunjukkan imbasan ultrasound namun ia hanyalah menunjukkan degupan jantungnya sahaja. Turut ada di dalam video tersebut adalah anaknya, Cik B yang kelihatan acuh tak acuh melayan ibu itu.

Pada pendapat kami, bernas juga cadangan netizen itu. Mungkin Vida boleh pertimbangkan?

Klik untuk gambar besar









www.myartis.com / Sumber: Media Hiburan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: