02 December 2018

HATI ZAHIRAH MACWILSON & AIMAN HAKIM REDZA TERPAUT?


Sebelum ini, pelakon Zahirah Macwilson, 23, telah melalui episod cinta terlerai bersama aktor, Zul Ariffin dan kemudiam dikaitkan pula menjalinkan hubungan dengan ahli perniagaan yang juga bekas pelumba kereta, Nik Iruwan Nik Izani.





Hubungan Zahirah dan Nik Iruwan dapat dihidu kira-kira tiga bulan cinta bersama Zul terkubur. Dengan selamba, mereka mempamerkan detik mesra bersama menerusi Instagram.

Malah, Nik Iruwan turut memuatnaik beberapa gambar menunjukkan mereka menyambut ulang tahun bersama-sama di sebuah restoran mewah.

Bagaimanapun, pelakon drama 'Tak Ada Cinta Sepertimu' itu tampil menafikan dan menganggap Nik Iruwan itu sebagai abang dan kawan sahaja.

Klik untuik gambar besar


"Kami tiada apa-apa hubungan. Saya hanya menganggapnya abang dan kawan. Saya tidak takut gosip hubungan dengannya kerana kami memang berkawan sahaja. Saya sebenarnya lebih suka lelaki tinggi lampai," katanya baru-baru ini.

Terkini, Zahirah dikatakan terpaut hati dengan aktor tinggi lampai, Aiman Hakim Ridza, bermula di laman sosial. Malah, menurut sumber, Zahirah menunjukkan sikap mengambil berat terhadap Aiman dengan menghantar makanan yang sedap-sedap kepada jejaka kacak berkenaan.

Apabila Aiman memuatnaik gambar makanan dalam Insta Story, yang kononnya dihantar seseorang, ramai meneka tentulah Zahirah yang berbuat demikian.



Menguatkan gosip mereka dilamun cinta apabila sumber daripada kelab peminat Zahirah seperti mengesahkan gadis manis terbabit dan Aiman sedang berkawan.

'Pengesahan' itu bermula dengan insiden Aiman yang baru-baru ini dikatakan bersikap kurang ajar dan biadap terhadap seorang wartawan yang ingin menemubualnya.

Luahan tidak puas hati terhadap pelakuan Aiman yang sombong dan bongkak itu dimuatnaik dalam laman sosial. Tanpa disangka, wartawan berkenaan mendapat mesej peribadi daripada seseorang yang mendakwa dirinya ahli kelab peminat Zahirah.

Katanya, dia berharap Aiman dapat belajar daripada Zahirah untuk bersikap lebih baik apabila berdepan dengan wartawan.




www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: