"Zaman sekarang ni orang dah tak boleh bezakan tau pondan dengan perempuan betul. Sebab pondan lagi lawa daripada perempuan. Tak apa, I onz je nak cakap I pondan pun. I pondan ada suami dan ada anak keluar dari perut sendiri.

"Suka korang cakap I pondan," demikian tulis kakak kepada pelakon popular, Beby Maembong menerusi Instastories peribadinya, yang terkejut apabila ada segelintir netizen yang mempertikaikan jantinanya.
Ada yang melabelkan Beby transgender dan bukan wanita asli biarpun kini sudah memiliki empat cahaya mata.
Beby atau nama sebenarnya Nurulaini Ismail, 29, sebelum ini mencuri perhatian umum apabila fotonya berpakaian mirip duyung tular di media sosial.
Malah, pengusaha bengkung Slimdollz itu dihujani pelbagai komen mengaitkannya dengan aktiviti Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT) selepas memuat naik foto terbabit di laman sosialnya.
Klik untuk gambar besar


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak
________________________

No comments:
Post a Comment