01 December 2018

ELVINA & SUAMI SELAMAT TIMANG BABY BOY, 'KARL MATEEN'


Alhamdulillah... tahniah kami ucapkan kepada pelakon Datin Elvina Mohamad yang telah selamat melahirkan cahaya mata sulung yang merupakan bayi lelaki, pada 12.30 tengah hari tadi di hospital swasta di Ampang.





Berita gembira itu dikongsikan suami kepada pelakon utama drama bersiri 'Isteri Untuk Diiktiraf' itu, Datuk Haniff Borhan, dalam satu kenyataan yang dikongsi, hari ini.

Untuk makluman, bayi pasangan ini yang dilahirkan secara normal dengan berat 2.9 kg itu diberi nama 'Karl Mateen'.

Klik untuk gambar besar


Jelas Hanif, Elvina dimasukkan ke hospital sejak kelmarin. Dan mengikut perancangan, pelakon terbabit sepatutnya melahirkan semalam.

"Puas kami menunggu, tetapi Mateen tidak mahu keluar. Rupa-rupanya dia menunggu tarikh hari ini. Dengan penuh rasa kesyukuran kerana Allah SWT memberi rezeki yang termahal dalam hidup saya dan isteri iaitu kelahiran putera kami yang selamat dilahirkan secara normal.

"Terima kasih atas doa kalian dan semoga anakanda kami menjadi golongan yang soleh dan berjasa kepada agama, bangsa dan negara," katanya.








www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: