01 December 2018

ISU DODI LARI - ALIFF SYUKRI TERKILAN SIKAP NETIZEN, RUGI RM50K


Sebelum ini, usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri telah berkongsi di laman sosial mengenai kehilangan kucing jenis 'Savannah Cat' diberi nama 'Dodi' di rumahnya di Damansara itu dikatakan akibat kecuaian pekerjanya.





Bagaimanapun, entri tersebut telah mengundang reaksi negatif netizen apabila mereka meminta pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negar (Perhilitan) mengambil tindakan terhadapnya.

Menerusi muatnaik terbaru, Aliff, 30, meluahkan rasa terkilan dengan sikap netizen yang seolah-olah menyalahkan dirinya atas apa yang berlaku.

"Kenapa tak ada orang kesian kat saya??? Orang yang tulis macam ni tak ada belas kesian kepada saya macam saya ada buat jahat pada anda.

"Kau orang tahu tak saya tengah bersedih ni. Kehilangan Dodi saya dah bela lima tahun dan ada permit. Nilai kos beli dan jaga hampir RM50,000," katanya.

Klik untuk gambar besar


Dalam pada itu, penyanyi lagu 'Biar Apa Orang Kata' itu memberitahu kucingnya hilang disebabkan kecuaian pekerjanya yang tidak bertanggungjawab.

"Hilang dari semalam (Khamis) berpunca daripada pekerja saya yang cuai dan tak bertanggungjawab. Ya Allah kau selamatkan kucing aku dodi dan kau jumpakanlah kucing aku.

"Perhatian kucing Afrika milik saya hilang dan terlepas di area rumah saya di Kota Damansara," ujarnya yang membeli kucing tersebut dengan harga RM30,000 pada April 2016 ketika berusia tiga bulan.

Apa malang nasib Datuk Seri Aliff Syukri? Selepas reda kontroversinya dalam Gegar Vaganza musim ke-5 (GV5) timbul pula masalah baharu apabila Dodi kesayangan hilang dari rumah.






www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: