27 December 2018

DIPUJI BERNIQAB - PEMINAT MINTA NEELOFA KEKALKAN IMEJ SOPAN


Pelakon, pengacara dan usahawan Noor Neelofa sebelum ini sering dikritik kerana fesyen 'keterlaluan' dengan imejnya yang berhijab.





Namun kini ramai pula yang memuji kecantikkan pengacara program 'Meletop' itu yang lengkap berniqab ketika menunaikan umrah.

Menerusi beberapa gambar yang dimuatnaik, Neelofa kini sedang berada di tanah suci Mekah bagi menunaikan umrah. Beberapa gambar Neelofa berjubah hitam serta beniqab juga sempat dikongsi buat peminat.

Rata-rata netizen memuji penampilan sopan Neelofa dan berharap penampilan seperti itu dikekalkan Neelofa selepas pulang ke Malaysia nanti.

Klik untuk gambar besar


Dalam pada itu, ada juga yang mengusik nakal ingin menjadikan Neelofa calon isteri kerana terpesona dengan kecantikannya.

Difahamkan, Neelofa juga turut berangkat bersama keluarga mengerjakan umrah. Malah pada ketika ini beberapa selebriti lain juga turut berada di sana seperti adik beradik Senrose dan keluarga.

Lebih cantik dan berseri Neelofa dengan penampilan berniqab, kata orang 'natural beauty'. Apa-apa pun, harapnya segala urusan ibadah beliau dan keluarga dipermudahkan serta berjalan lancar.








www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya, Beautifulnara & Instagram Noor Neelofa


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: