27 December 2018

BAJU JARANG, SELUAR NAMPAK PAHA - NABILA HUDA KENA KECAM


Baru-baru ini, pelakon Nabila Huda telah memuatnaik gambar dirinya baju putih jarang bersama seluar pendek paras peha di akaun Instagramnya dan seperti yang dijangka ia menjadi perhatian netizen.





Rata-rata netizen menyifatkan baju tersebut sangat menjolok mata sehingga menampakkan bayangan coli. Foto tersebut dikecam teruk dan dihujani dengan komen berbaur lucah.

Tidak kurang juga ada yang mengatakan cara pemakaian Nabila tidak seperti orang Melayu. Antara kata-kata netizen: "Nampak coli" - "Bila nak bogel pulak awak?"

Klik untuk gambar besar


Walaupun ramai yang mengecam, rata-rata peminat dan pengikutnya memuji kecantikan pelakon itu dan mengaguminya kerana sentiasa yakin dengan diri sendiri serta tidak peduli dengan kata-kata orang terhadap dirinya.

Nabila antara pelakon wanita yang tidak asing lagi di dalam industri hiburan tanah air dengan lakonannya yang mantap dan sejak dulu lagi pelakon ini sangat sinonim dengan imejnya yang seksi sering diperkatakan ramai.

Apa pun, walaupun teguran oleh peminat atau netizen agak kasar dan mengaibkan, namun apa yang dikatakan mereka itu mungkin sekadar peringatan dan tanda sayang terhadap artis kesayangan mereka.




www.myartis.com / Sumber: Oh My Media


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: