02 December 2018

EYRA HAZALI 'KUNCI MULUT' STATUS TUNANGAN PENJAGA GOL


Mahu menghormati keputusan keluarga dan kekasihnya itu, pelakon Eyra Hazali, 19, akan hanya memberi kenyataan mengenai pertunangannya dengan penjaga gol pasukan Bawah 22 Tahun (B-22) negara, Muhammad Haziq Nadzli beberapa hari lagi.





"Saya minta maaf sangat-sangat. Buat masa sekarang, saya tidak mahu keluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara itu. Insya-Allah dalam masa tiga atau empat hari lagi, saya akan berkongsi berita itu kepada semua orang.

"Saya ingin menghormati keputusan kedua-dua belah keluarga. Apa-apa kenyataan, saya kena tunggu mereka," kata Eyra atau nama sebenarnya Hazirah Qasdina Hazali.

Pelakon drama bersiri 'Mr. Grey' ini diminta mengulas mengenai foto dia melangsungkan pertunangan yang dimuatnaik pelakon Neera Azizi pada Sabtu. Adik kepada Eyra juga turut memuatnaik foto majlis pertunangan tersebut.

Malah, Eyra dan Haziq juga ada memuatnaik foto yang memperlihatkan tangan lelaki dan perempuan memakai cincin di InstaStory.

Klik untuk gambar besar


Dalam pada itu, aktres muda ini berharap peminatnya mendoakan yang baik-baik dan sentiasa menyokong karier seninya.

"Apa-apa pun, saya berharap semua orang mendoakan yang baik-baik sahaja untuk saya dan terima kasih kepada yang sentiasa menyokong karier seni saya," ujarnya.

Sebelum ini, Haziq pernah dikecam gara-gara melakukan kesilapan ketika aksi final bola sepak Sukan SEA hingga menyebabkan Thailand beroleh jaringan kemenangan pada tahun lalu.

Cubaan Haziq menumbuk bola bagi menyelamatkan gawang Harimau Malaya bagaimanapun bertukar mimpi ngeri apabila ia memberi gol kepada pasukan lawan, sekali gus emas dirangkul Thailand.








www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: