02 December 2018

REMAJA: "BUDUH HITAM MACAM AFRIKA" - INI BALAS 'PADU' HANEESYA


Menerusi laman Instagram, peserta Dewi Remaja 2018/2019 yang juga seorang pelakon, Haneesya Hanee mendedahkan dia menerima kiriman mesej ekstrem berbaur penghinaan daripada seorang remaja perempuan.





Dedah pelakon yang memegang watak Zaza dalam drama bersiri 'Cik Reen Encik Ngok Ngek' itu, remaja tersebut menghina warna kulitnya dan disifatkan seperti gadis Afrika.

"The recent DM yang Hanee dapat. 'Buduh hitam, macam Afrika' (budak sekolah lagi girl pula tu). Okay, firstly you mengeja pun tak betul.

"Secondly, why not dik hitam macam Afrika pun akak ni bangga lahai dapat kulit hitam macam Afrika ni sebab kulit hitam inilah akak boleh cari rezeki untuk family akak," kata Hanee.

Klik untuk gambar besar


Malah, Hanee punyai cara tersendiri untuk 'menyekolahkan' netizen yang bersikap kasar terhadapnya.

"I tak kisah pun orang cakap apa, tapi korang selalu tanya how I deal dengan kutukan orang. Inilah cara Hanee, Hanee tak reply pun DM budak tu Hanee siap spam like IG dia story semua tengok," tambah pelakon berdarah kacukan Melayu dan Arab.

Entri itu mendapat sokongan netizen yang memuji kecantikan gadis itu dan menyelar tindakan remaja perempuan yang bersikap prejudis tersebut.

Bukan kali pertama dibuli, pemilik nama sebenar Sharifah Haneesya Sayed Sahlan itu hampir putus asa apabila warna kulitnya menjadi subjek kritikan orang sekeliling hingga hampir berputus asa dalam bidang seni.




www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: