23 December 2018

HAMIL 7 MINGGU - SHIMA AKUI DOKTOR BENARKANNYA MELANCONG


"Untuk pengetahuan saya dah tanya dengan doktor, dia beritahu okay kalau nak pergi travel. Kot-kot la ada yang tanya sat lagi, boleh ke travel awal-awal ni," tulis pelakon Shima Anuar yang memaklumkan perkara tersebut di Insta Stories miliknya.





Dalam status itu, Shima secara sinikal memberitahu dia sudah mendapatkan kebenaran daripada doktor untuk bercuti ke luar negara walaupun dia hamil tujuh minggu anak keduanya.

Shima, 27, berkata, dia memberitahu perkara itu kerana bimbang jika ada yang bertanya sama ada ibu mengandung dalam trimester pertama boleh menaiki kapal terbang atau tidak.

Sebelum ini, Shima pernah menerima kritikan daripada netizen apabila ada yang mempertikaikan dan mengkritik caranya melayan anak perempuannya, Marian Sophia dengan penuh kemewahan.

Klik untuk gambar besar


Sementara itu, menerusi status sama, Shima memberitahu dia tetap meneruskan percutian tersebut memandangkan perancangan telah dibuat sebelum dia mengetahui dirinya hamil.

Pun begitu kata Shima, dia tetap berasa bimbang akan berasa cepat letih namun ia bukan kali pertama dia menempuh perjalanan jauh ketika hamil.

"Sebelum ini masa mengandungkan Sophia, saya mula travel selepas kandungan empat bulan macam tu... Ketika itu pun semua alahan dah habis dah.



"Tapi kali ini nak kena travel masa dalam trimester pertama ni (kerana perjalanan ini kita orang dah rancang sebelum dapat tahu saya mengandung).

"Saya cuma rasa macam cuak sikit. Takut tak larat. Any tips momies? Siapa-siapa yang selalu travel tu?," tulisnya lagi.

Untuk makluman, Shima mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Mohd Solih Toha pada 2017. Hasil perkahwinan tersebut, pasangan itu dikurniakan seorang anak perempuan bernama, Marian Sophia.


www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: